Klik!!!

Jumaat, 8 Mac 2013

Pengetahuan Mengenai Kolagen dan Struktur Kulit Manusia

Kolagen ialah sejenis protein yang sangat penting untuk menganjal, menegang dan menyerikan kulit. Apabila umur meningkat, kulit menjadi semakin kendur dan kusam yang akan menyebabkan kedutan. penggunaan kolagen mampu membaiki struktur kulit. pakar kesihatan memperaku penggunaan kolagen bagi menghasilkan sel-sel baru kulit dan sekaligus mengurangkan kedutan dan tanda penuaan pada kulit.


Struktur kulit manusia terdiri daripada lapisan berikut :

Lapisan Epidermis 
Merupakan lapisan paling luar yang mengandungi 'keratinocyte' bagi menghasilkan keratin yang akan menutupi lapisan luar kulit, mengekalkan kelembapan kulit dan melindungi badan daripada bakteria sambil mengimbangi suhu normal badan

Lapisan Dermis 
Merupakan lapisan dibawah epidermis yang mengandungi serat kolagen, serat elastik, serat rektikulum dan pembuluh darah utama. Dermis merupakan penghubung utama kepada lapisan epidermis yang bertindak balas antara satu sama lain bagi menghubungkan hujung saraf yang akan mewujudkan deria sentuhan pada kulit.

Lapisan Subkutis 
Merupakan lapisan tisu dibawah kulit. ianya berperanan fisiologi meliputi hormon yang mengawal penyerapan gula dan menyimpan khasiat.



kredit to Giffarine 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan