Katarak Mata:
Katarak akan mengaburkan keadaan kanta mata, membuat cahaya
tidak mampu melewati mata seperti biasa. Kuantiti visi redup bergantung pada
paras katarak. Katarak bukan penyakit contaginous tetapi boleh berlaku pada
kedua-dua sisi mata. Penyakit ini dapat dirawat tetapi tidak untuk semua orang,
ia juga bergantung pada setiap kes. Oleh kerana itu, doctor mata akan member
nasihat dan memilih cara terbaik mengubati penyakit ini.
Punca katarak mata:
Katarak berlaku kerana kompenan kanta mata berubah dan
mengaburkan penglihatan anda. Perubahan ini sebahagian besar ditemui pada orang
dewasa, terutamanya yang berusia 50 tahun ke atas. Faktor lain berlakunya
katarak adalah disebabkan oleh keturunan, kemalangan dan jangkitan. Pesakit
diabetes akan mendapat katarak lebih cepat dari yang lain. Apabila anda sudah
mendapat katarak, kanta mata anda akan redup dan menghalang cahaya melalui mata
anda. Anda akan mengalami masalah penglihatan yang kurang jelas, kabur dan
sukar untuk melihat di dalam keadaan yang samar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan