Klik!!!

Jumaat, 5 April 2013

Neuronutrients merangsang perkembangan minda kanak-kanak (samb)...


Karbohidrat
Karbohidrat yang dicerna dalam tubuh berubah menjadi satu unit kecil yang dikenali sebagai glukosa. Glukosa adalah sumber tenaga untuk sel saraf otak dan sel saraf yang lain. Tubuh kita akan menggunakan tenaga ini untuk menghantar bioelektrik kepada sistem saraf dan memulihkan saraf-saraf yang bermasalah. Tepung dan gula adalah sumber glukosa.

Selain neuronutrients, kanak-kanak memerlukan vitamin, mineral dan serat. Nutrisi ini boleh didapati dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun begitu, kanak-kanak biasanya cenderung untuk mengelakkan dari makan makanan yang bernutrisi kerana mempunyai rasa yang tidak enak.

Serat
Serat membantu dalam sistem Urogenital, ketika tubuh kekurangan serat, perut akan terasa sakit. Kesakitan pada perut yang terlalu lama adalah tidak elok untuk kesihatan. Beta-Karoten, merupakan anti oksidan yang sangat berkesan dan boleh didapati pada lobak merah. Beta-Karoten akan berubah menjadi Vitamin A apabila tubuh mengalami kekurangan vitamin. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A seperti rabun pada waktu malam, pertumbuhan terencat dan mempunyai masalah kulit kering

>>klik disini<<